DENGAN BAJET RM 6,800 SEORANG, KAMI EXPLORE 13 HARI DI SWITZERLAND DAN MILAN, ITALY BERSAMA ANAK DAN ISTERI TERMASUK KOS SEMUA SEKALI
Bila kerajaan umumkan boleh melakukan perjalanan ke luar negara, kami 3 beranak tak tunggu lama. Covid 19 mungkin belum berakhir sepenuhnya di seluruh dunia, namun semua orang perlukan masa yang terbaik bersama keluarga tambahan lagi selepas 2 tahun aktiviti pelancongan tidak di benarkan.
Bermula pada awal Mac 2022, isteri saya menyatakan hasrat untuk ke luar negara dan bagitahu untuk ke Switzerland. Saya pada awalnya rasa macam mustahil untuk ke sana secara DIY kerana kami mempunyai anak kecil seusia 2 tahun. Berbeza dengan pengalaman kami DIY ke Australia, Brunei, dan beberapa negara lain lagi sebelum mempunyai zuriat. Sekarang kena fikirkan pula bagaimana nak melancong bersama anak kecil. Sesuaikah nak naik train? Stoller anak lagi, beg lagi, turun naik train , tukar stesen. Aduhhh
Jadi, kita sebagai suami gigihlah buat research. Saya tak nafikan memang buat research persendirian ni memang makan masa tambah lagi banyak info di blog, web tripadvisor dan juga FB Group kebanyakan menyentuh perkara yang general. Sebagai seorang yang tak pernah menjejakkan kaki di Europe, tak pernah belajar di sana, apatah lagi bekerja semestinya ada perasaan takut dan cuak.

Kalau boleh semua perkara nak kita sediakan siap-siap dan ambil tahu sebelum apa-apa terjadi. Saya baca ramai yang ke Switzerland main redah je akhirnya terlebih bajet dek kerana kesilapan yang sepatutnya tak berlaku. Saya buat keputusan sewa kereta je sepanjang di sana. Kali pertama pulak tu nak drive sebelah kiri. Jadi, semestinya saya kena tahu perkara yang sedikit teknikal berbanding dengan mereka yang pergi menaiki train atau melanggan Swiss Pass.
Ok lah, panjang pulak mukaddimahnya. Tapi saya cuma nak bagitahu, kalau korang nak ke Swiss dan Milan Italy, at least amik lah tahu perkara basic. Sekurang kurangnya kalau korang ke Milan nanti, korang tak bazir duit pergi shopping di tempat yang mahal dan tercari cari kat mana nk claim tax refund ( pengalaman sendiri ). Gituu.

Ok lah, saya share kos pertama kali saya habis sepanjang trip ke Swiss dan Milan, Italy ni
1.Tiket Flight
Qatar Airways Transit di Doha dan Ke Zurich 17 Jam lamanya. Kos tiket dewasa dalam RM 2,100 dan kanak-kanak lebih 2 tahun RM 1,900 (masa dalam flight Qatar kalau anak korang tidur, minta je makanan dekat Flight Attendant sebab kadang-kadang diorang buat tak tahu atau tak bagi )

2. Kos sewa kereta 12 hari
Sewa melalui Europe Car guna website Economybooking.com ( sangat convenient). Amik di Zurich Airport dan pulangkan juga di Zurich Airport. RM 320 sehari ( VW Polo Mileage baru 15k) RM 3840 + Child Car Seat RM 250 sekali sewa. Minyak dan parking dalam RM 784 sepanjang 12 hari dan toll RM 350 sepanjang di sana. Kenapa 12 hari? Sebab kami pulangkan kereta sehari sebelum terbang balik. Then duduk hotel yang dekat ngn airport yang ada free shuttle.

3. Kos Penginapan
anggaran RM 650 sehari x 12 malam / RM 7,800 sebab kami sampai Zurich tengahari, balik pun waktu tengahari. Kami menginap 10 hari di Air BNB sebab senang nak masak, parking free dan privacy. Kalau AIR BNB kos RM 650 tu kira da cantik la rumah korang duduk tu, selesa giler-giler, ada tempat tak sampai pun RM 650. Di milan lebih murah, cuma saya buat purata. Di Zermatt dan Zurich hari terakhir pun kami duduk di hotel. Kos sudah termasuk dalam anggaran bajet tu.

4. Kos makan.
Kami banyak bawa paste dari Malaysia. Lepastu cari kedai grocery halal je then beli daging / ayam. Kami beli daging anggaran 3 kilo la sepanjang 12 hari. Bukan sekali beli daging tu, tiap kali ke grocery kami beli ½ kilo dalam anggaran 15 CHF di Swiss dan 10 EUR di Italy. Beras sekali beli ja masa awal2 sampai di Zurich 1 Kilo harga dalam 5 CHF. Sayur2 dan buah kami beli dekat Coop ( kedai serbaneka mcm speedmart yang bersepah di Swiss). Total makanan kami habis dalam RM 1000 la sepanjang perjalanan ( hari-hari wife masak tapi guna paste jer la kikiki) sebab ada juga membeli kebab sekali semasa di Zermatt dan Milan. Kos sebiji kebab kat sana 10CHF-15CHF. Hahaha. Korang bayangkan kalau korang makan 15CHF satu kali waktu makan x hari travel x berapa orang makan ? Perghhh..memang tak jimat dah jadinyaa

Ini lah kos asas yang kami habiskan semasa di sana.
Ticket Flight : RM 6,100
Sewa Kereta, Minyak dan Tol : RM 5,224
Penginapan : RM 7,800
Makanan : RM 1000 + RM 500 (beli paste dan mknn lain dari Malaysia)
TOTAL KESELURUHAN : RM 20,624 / 3 beranak = RM 6,800 sorang ( 13 hari tau, siap ke Milan, Italy Lagi )
Ke mana kami semasa trip ni ?
1 Hari di Lucern
1 Hari di Lake Thun/ Bern
4 Hari di Interlaken ( Cover semua Isewalt, Lauterbrunnen, Wengen, Murren, Grinderwald, Blausee Lake, Lake Brienz)
1 Hari di Verbania, Lake Maggie Italy
4 Hari di Milan, Italy ( Cover semua tempat Shooping Saravelle, Fidenza Village, Navigli Canal, Duomo, dan lain lain )
2 hari di Zurich, Swiss
Jap, kalau korang rasa info ni separuh masak, boleh lah amik info yang lengkap dan sangat detail saya ceritakan sepanjang saya ke Swiss dan Milan Italy di link ni.